Jenis–jenis Hotel Yang Terdapat di Malaysia

Jenis Hotel Terdapat di Malaysia

Jenis Hotel Terdapat di Malaysia – Hotel merupakan bilik penginapan yang menyediakan kemudahan bagi pengunjung untuk beristirehat dan juga bermalam jika berada di luar kawasan untuk bercuti ataupun atas urusan kerja. Ia biasanya dipilih bagi penginapan jangka pendek. Berikut ini adalah Jenis Hotel Terdapat di Malaysia yang dapat anda ketahui

1. Airport Hotel

Kebiasaannya hotel jenis ini berada di kawasan berhampiran lapangan terbang. Ia memudahkan penumpang kapal terbang berada di kawasan berhampiran sebelum meneruskan penerbangan. Lokasinya yang terletak berdekatan lapangan terbang mengelakkan risiko terlepas penerbangan yang sepatutnya. Hotel yang berdekatan dengan KLIA dan KLIA2 adalah TH Hotel dan juga Tune Hotel.

2. Resort Hotel

Resort Hotel mempunyai tarikan yang tersendiri. Biasanya mempunyai taman tema, pantai, tempat bersejarah, spa atau sebagainya yang mampu menarik pengunjung menginap hotel jenis ini. Menjelang cuti sekolah dan cuti umum biasanya resort hotel sering mendapat sambutan ramai. Hotel yang terdapat di Malaysia adalah Sunway Resort Hotel&Spa, A Famosa Resort, Bukit Merah Laketown Resort, Bukti Gambang Resort dan masih banyak lagi.

Baca Juga : Rekomendasi Hotel Terbaik di Singapura di Tahun 2023

3. Boutique Hotel

Boutique Hotel biasanya memiliki keunikan yang tersendiri dari segi seni bina serta hiasan dalamannya. Ia tidak sama seperti hotel–hotel lain kerana menampilkan identiti yang tersendiri serta lebih ringkas berbanding hotel–hotel yang terdapat di Malaysia. Antara boutique hotel di Malaysia adalah seperti casa Del Rio, Melaka.

4. Motel

Hotel jenis ini biasanya terletak berhampiran jalan– jalan utama. Malah, bilik penginapan di sini juga biasanya bertentangan dengan jalan besar yang memudahkan pengunjung akses ke motel ini untuk menginap. Harga sewa bilik di motel juga lebih murah dan sangat ekonomi.

5. Homestay

Homestay merupakan penginapan berkonsep rumah yang disewakan kepada pengunjung yang datang bersama kumpulan yang agak besar. Harga sewaan homestay lebih berpatutan sekiranya pengunjung bercuti ahli keluarga yang ramain.

Jenis Hotel Berdasarkan Bintang

Hotel Bintang 1

Biasanya hotel ini terletak di kawasan orang ramai dan berhampiran pengangkutan awam.

Hotel Bintang 2

Hotel 2 Bintang ini terletak di lokasi yang mudah di akses. Bangunan hotel pula cantik, bersih dan rapi. Malah, ia juga bebas pencemaran.

Hotel Bintang 3

Lokasi hotel ini biasanya terletak berhampiran pusat – pusat perniagaan, pusat membeli belah dan terletak berhampiran bandar–bandar utama.

Hotel Bintang 4

Hotel bertaraf 4 bintang ini biasanya menjadi pilihan golongan professional.

Hotel Bintang 5

Hotel bertaraf 5 bintang ini merupakan hotel yang termewah dengan kemudahan tambahan serta perkhidmatan yang terbaik.

By admin

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *